Halaman

Khamis, 3 Ogos 2017

cerpen: Still Cari Tajuk


Mengenang nasibku kini diperantauan. Sihatkah ibu dan adik di kampung? 
Macamana dengan batuk ibu sudah sembuhkah dirinya...fikiran ini seakan menerawang andai 
dapat ku segera ingin pulang untuk mendapatkan ibu dan adik. 
Apakan daya diri ini hanya mampu menunggu hanya suara ibu dan adik pengubat rindu.....
"Ibu percayalah, Along akan ubah nasib keluarga kita". 
Lantas terusku menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhu dan menyelesaikan 
amanahku kepadaNya, usai solat Isyak ku memanjatkan doa agar dipermudahkan segala urusan 
dan panjangkanlah usia ibuku dan rahmatilah dia dan pinta agar diri ini dapat membahagiakan 
ibu dan adikku. 
Terasa malam semakin panjang diri ini tidak dapat melelapkan mata kucapai Tafsir Al Quran 
dan kusambung surah yang telah kutanda.  
Pagi itu seperti biasa rutin harianku bersiap-siap 
sesudah subuh untuk memulakan tugas seperti biasa. 
Kucapai botol minumanku dan sekeping roti kosong untuk mengalas perutku. 
Biasalah berhimpit di dalam komuter, beginilah rutinku sambil menunggu destinasi yang dituju 
kucapai handphone lantas melayan mukabuku."Tiada yang menarik" getus hatiku. 
Fikiranku masih memikirkan ibu dan adikku di kampung. 
Terasa rindu dihatiku dengan belaian ibu dan gelak tawa adik. 
Hampir setengah jam tiba destinasi yang dituju. Aku tekadkan azam untuk hari ini, 
langkah kuatur penuh cermat setiap langkah dipenuhi dengan keazaman berkobar-kobar..tanpa kusedari "  Splash...." Entah darimana kereta yang dipandu melanggar lopak air...
aku terkedu dan badanku terpaku kaku alangkah malangnya nasibku hari ni..
kedengaran kereta yang melanggar lopak air tadi mengundur kebelakang..kulihat 
seorang lelaki keluar dari kenderaan tersebut " Maaf cik, saya tak perasan ada lopak air tadi, 
boleh saya hantarkan balik" kata lelaki tersebut. "Mmmm..tak apa, saya ok sikit je ni" 
kataku pada lelaki tersebut. 
"Mmm..kalau macam tu ni kad saya cik hantar je baju ni ke dobi nanti saya bayar,
 maaf saya nak cepat ada mesyuarat" kata lelaki tersebut sambil menuju kekeretanya kembali. 
Aku hanya mampu tersenyum tawar, tak perlu hantar ke dobi baju ini pun tak mahal pun..
" Ya Allah, berikanlah kekuatan pada ku untuk hari ini " bisikku perlahan. 
"Assalammualaikum...Aisy, sorry aku lambat" sapa Tina, 
" Tak apa aku dah order, lain kali kalau janji tu biarlah betul sikit" kataku sambil menghirup air
 di depanku. "Oklah janganlah marah nape nie moody pulak. Ceritalah manalah tahu aku boleh
 tolong kau" balas Tina dengan penuh ceria. 
"Tak ada apa aku cuma rindu ibu dan adik aku kat kampung" jawabku sambil jari ini
 memainkan sudu dan garfu di dalam pinggan. 
"Oh, itu rupanya kalau macam tu balik jelah hujung minggu ni, habis cerita" jawab Tina selamba.
 "Aku mana ada duit, gaji lambat lagi tunggulah bulan depan" jawabku ringkas. 
"Sorry miss, awak yang pagi tadikan yang " sapa lelaki tadi yang melanggar lopak air lantas 
terkena pakaianku Allah macam mana dia ada kat sini pulak. 
" Ermm.....saya Tina, boleh saya tahu apa yang berlaku " balas Tina. " Saya Ammar, May I "
 ditarik kerusi yang berada disebelahku " Ishhh..." rengus hatiku.
"Ohh....pagi tadi saya terlanggar lopak air then kena kawan awak ni...", " Aisy, nama dia Aisy" jawab Tina selamba. " Maaf Cik Aisy, kerja kat sini ke"....
" Ya..." balasku dengan malas. " ohh... Padanlah kawan saya ni dari tadi bad mood saja" balas Tina 
sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Ammar yang duduk disebelahku selamba je memesan makanan dari pelayan, 
aku jadi agak stress dengan kehadiran dia perasaan meluap-luap tiba-tiba saja hadir di dalam hatiku..
cepat-cepatku bersitighfar agar dapat meredakan perasaan yang semakin meluap-luap.
 " Maaflah Encik Ammar, kawan saya ni bila ada orang yang asing duduk kat sini mulalah 
dia diam seribu bahasa, macam garuda lalu sunyi sepi" sindir Tina. 
" Oh ya ke.. Sorry kalau kehadiran saya kat sini mengganggu awak berdua, 
sebenarnya saya ni boring makan sorang-sorang"                               
jawab Ammar sambil berselera menjamah makan yang dipesan tadi. 
Aku sedikit terusik dengan kata-kata Tina, 
lantas tanpa berfikir panjang aku bingkas bangun " Tina aku jalan dulu ya " 
aku terus berlalu meninggalkan Ammar dan Tina mereka berdua terpinga-pinga. 

" Kau memang tak patut tau tinggalkan aku dengan Ammar macam tu saja, 
dahlahtu marahkan dia ngan aku-aku sekali kau nak angin . " 
"Sorrylah Tina aku rasa kekoklah, dia boleh selamba je duduk makan semeja, 
padahal kenal ngan dia pun tidak berani pulak tu tanya macam-macam". 
"Tulah dinamakan jodoh kau tahu tak. Cuba bayangkan dalam sehari boleh dua tiga kali terserempak".
Jawab Tina selamba." Malaslah layan kau Tina baik aku sambung kerja " balas Aisy dan berlalu pergi. 
Sepanjang hari Aisy rasa bagai ada yang tak kena dengan dirinya perasaannya bagaikan tidak tenteram. 
Hatinya berdebar-debar bagaikan ada yang tak kena. 
Tanpa diduga handphonenya berdering dilihat nombor telefon asing bagi dirinya lantas Aisy 
 mengangkat kedengaran suara lelaki memanggil namanya beberapa saat kemuadian handphone yang 
dipegang hampir terlerai Tina yang perasan akan keadaan diri Aisy terus menghampirinya, 
airmata bergenang dipipinya..terus Tina menerpa ke arah Aisy dan handphone Aisy beralih ke arah Tina " Baik Tuan kami akan datang segera".,
balas Tina dan terus memeluk Aisy yang sudah lama kaku airmatanya tidak henti-henti mengalir.

Aku harus kuat.....Jenazah adikku selamat dikebumikan siang tadi. Ibu masih tidak dapat menahan sebak atas pemergian adikku. Aku harus seka airmata ini, untuk aku kuat didepan ibu. Ya Allah hanya engkau tempat aku bergantung. Aku perlahan-lahan meghampiri ibuku dan memeluk beliau, terasa kehangatan tubuh ibuku dan kupeluk erat agar dapat kukembalikan semangat ibu.

"Aisy malam ni tahlil ya, aku dah siapkan semua dan  kau tak perlu fikir apa-apa" bisik Tina ketelingaku. "Allah, banyak sungguh jasa kau pada aku Tina"."Ermm tak payah fikir sangat ok, aku ada setia disisi kau Aisy" balas Tina. Mereka berpelukan berdua."kau kena kuat demi ibumu""terima kasih Tina".

*************************************************
Sudah hampir 6 bulan aku dikampung, kini aku tinggal bersama ibu. Aku mengambil keputusan untuk terus disini bersama ibu, demi kelansungan hidup kami berdua Aku berniaga nasi lemak dan kuih muih menyambung perniagaan kecik-kecilan dan memajukan perniagaan ini. Dunia tanpa sempadan kini aku mula membuat produk makanan frozen seperti kuih karipap dan pau. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan dari penduduk setempat dan ada juga yang aku muatnaik dilaman mukabuku. Berkat usaha dan iringan doa dari ibuku, sedikit demi sedikit ilmu kugali dan cari agar dapat meningkatkan taraf ekonomi kami dan membantu surirumah yang ingin menambah pendapatan menjadi wakil jualan kuih frozen yang diusahakan. 

Buat sahabatku Tina, terima kasih atas bantuanmu sahabat. Walaupun jauh namun dirimu tidak putus-putus memberikan dorongan dan kata-kata semangat. Disaat aku hilang arah kau segera sedarkan diriku agar tidak terus berputus asa. 

“Aisy, tengok kita dapat tempahan dari KL nak 50 bungkus kuih frozen” sapa ibuku. “Alhamdulillah Mak, syukur urm…..Mak Aisy rasa kita kena tambah staff ni dan peralatan agar dapat menyiapkan tempahan yang banyak” kataku sambil memeluk ibuku yang sedang memasukkan pesanan dari pelanggan.

    





Tiada ulasan:

Catat Ulasan